En Wan Kamarudin
adalah anak kedua kepada pasangan Wan Nor b. Hj kadir dan Muji bt. Che
Mamat. Pasangan ini kemudiannya
memperolehi 8 orang anak. Wan Kamarudin
b Wan Nor dilahirkan di Kg Tengah, Kuala Besut, Terengganu pada 18 Januari
1956. Beliau mendapat pendidikan awal di
sekolah Kebangsaan Kuala Besut dari tahun 1963 – 1968. Pendidikan menengah beliau bermula di Tengku
Mahmud Secondary School dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Beliau meneruskan pendidikan menengah di
Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu (1975-1976)dan memperolehi
Sijil Tinggi Persekolahan (HSC)>
Beliau kemudian menyambung pendidikan tertiary dengan memasuki Maktab
Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1977-1979)
Mulai tahun 1979 karier beliau sebagai guru
terlatih bermula. Namun pendidkan tertiary diteruskan dengan memasuki
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan memperolehi Ijazah pertama dalam
tahun 1994.
Kerjaya guru beliau sebagai Guru Penolong
di SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan (1979 -1981) Guru penolong di SMK Gaal, Pasir Puteh,
Kelantan (1982-1988), Guru Penolong di
SMK Dato Ismail, Pasir Puteh Kelantan (1989 -1993). Setelah memperolehi Ijazah Sarjana muda pada
tahun 1994, beliau kemudiannya ditempatkan di SMK Seri Nering, Terengganu (1994 – 2003). Kemudian dilantik sebgai guru Penolong Kanan
Kokurikulum dan ditempatkan di SMK Tembila,
Besut (2003 – 2004)
Mulai
tahun 2009 beliau ditukarkan ke sekolah untuk menjawat jawatan pengetua. Sekolah pertama beliau sebagai pengetua
adalah SMK Tok Dor, Besut (2009 -2010).
Kemudiannya ditugaskan pula di SMK Tengku Mahmud 2, Besut (2010 –
2013). Mulai oktober 2013, beliau
ditukarkan ke SMK Kuala Besut, iaitu kampong kelahiran beliau dan kekal hingga
ke hari persaraan beliau pada 17/1/2016 .
Sepanjang perkhidmatan sebagai guru beliau
telah dianugarahkan dengan pelbagai anugerah dan penghargaan termasuklah
pergerakan gaji secara menegak (1993), pergerakan gaji melintang (2001) dan
Anugerah Perkhidmatan cemerlang (2003).
Selain itu, beliau juga dianugerahi dengan surat-surat kepujian di atas
kecemrlangan bidang kurikulum dank o kurikulum dank o akademik di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Prinsip
sebagai penjawat awam yang sentiasa dipatuhi ialah bekerja dengan ikhlas dan
bertanggungjawab serta sentiasa berusaha untuk kecemerlangan anak bangsa.
Berkaitan
keluarga pula beliau berkahwin dengan gadis pilihan iaitu Marzita bt Mustafa,
gadis dari Pasir Puteh pada usia 27 tahun iaitu pada 30 sept 1983. Beliau kemudiannya dikurniakan dengan 6
orang anak iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan.
Dua orang daripada anaknya mendapat pendidikan tinggi dan sudah
berkerja. Manakalah 4 orang lagi sedang
menuntut di IPTA dan sekolah menengah.
Berdiri sewaktu nyanyian lagu negaraku
Menerima cenderamata daripadaYB Tengku Zaihan (Wakil Rakyat Kuala Besut)
Menerima cenderamata daripada PKHEM : En Che Zahari
`Punch Card' kali terakhir
wakil student menyemat roset pada mantan pengetua
Selamat bersara kepada Tuan Pengetua, semoga beroleh kejayaan dalam setiap lapangan yang diceburi. Diakhiri dengan serangkap pantun berpisahan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan