Wednesday 20 January 2016

PERSARAAN PENGETUA : EN WAN KAMARUDIN

             En Wan Kamarudin adalah anak  kedua kepada pasangan  Wan Nor b. Hj kadir dan Muji bt. Che Mamat.  Pasangan ini kemudiannya memperolehi 8 orang anak.  Wan Kamarudin b Wan Nor dilahirkan di Kg Tengah, Kuala Besut, Terengganu pada 18 Januari 1956.  Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Kuala Besut dari tahun 1963 – 1968.  Pendidikan menengah beliau bermula di Tengku Mahmud Secondary School dari tahun 1969 hingga tahun 1974.  Beliau meneruskan pendidikan menengah di Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu (1975-1976)dan memperolehi Sijil Tinggi Persekolahan (HSC)>  Beliau kemudian menyambung pendidikan tertiary dengan memasuki Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1977-1979)

           Mulai tahun 1979 karier beliau sebagai guru terlatih bermula. Namun pendidkan tertiary diteruskan dengan memasuki Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan memperolehi Ijazah pertama dalam tahun 1994.
Kerjaya guru beliau sebagai Guru Penolong di SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan (1979 -1981)  Guru penolong di SMK Gaal, Pasir Puteh, Kelantan (1982-1988),  Guru Penolong di SMK Dato Ismail, Pasir Puteh Kelantan (1989 -1993).  Setelah memperolehi Ijazah Sarjana muda pada tahun 1994, beliau kemudiannya ditempatkan di SMK  Seri Nering, Terengganu (1994 – 2003).  Kemudian dilantik sebgai guru Penolong Kanan Kokurikulum dan ditempatkan di SMK Tembila,  Besut  (2003 – 2004)

                Mulai tahun 2009 beliau ditukarkan ke sekolah untuk menjawat jawatan pengetua.  Sekolah pertama beliau sebagai pengetua adalah SMK Tok Dor, Besut (2009 -2010).  Kemudiannya ditugaskan pula di SMK Tengku Mahmud 2, Besut (2010 – 2013).  Mulai oktober 2013, beliau ditukarkan ke SMK Kuala Besut, iaitu kampong kelahiran beliau dan kekal hingga ke hari persaraan beliau pada 17/1/2016 . 

Sepanjang perkhidmatan sebagai guru beliau telah dianugarahkan dengan pelbagai anugerah dan penghargaan termasuklah pergerakan gaji secara menegak (1993), pergerakan gaji melintang (2001) dan Anugerah Perkhidmatan cemerlang (2003).  Selain itu, beliau juga dianugerahi dengan surat-surat kepujian di atas kecemrlangan bidang kurikulum dank o kurikulum dank o akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.  Prinsip sebagai penjawat awam yang sentiasa dipatuhi ialah bekerja dengan ikhlas dan bertanggungjawab serta sentiasa berusaha untuk kecemerlangan anak bangsa.
                Berkaitan keluarga pula beliau berkahwin dengan gadis pilihan iaitu Marzita bt Mustafa, gadis dari Pasir Puteh pada usia 27 tahun iaitu pada 30 sept 1983.   Beliau kemudiannya dikurniakan dengan 6 orang anak iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan.  Dua orang daripada anaknya mendapat pendidikan tinggi dan sudah berkerja.  Manakalah 4 orang lagi sedang menuntut di IPTA dan sekolah menengah.


Berdiri sewaktu nyanyian lagu negaraku

Menerima cenderamata daripadaYB Tengku Zaihan (Wakil Rakyat Kuala Besut)

Menerima cenderamata daripada PKHEM :  En Che Zahari
`Punch Card' kali terakhir
wakil student menyemat roset pada mantan pengetua


Selamat bersara kepada Tuan Pengetua, semoga beroleh kejayaan dalam setiap lapangan yang diceburi. Diakhiri dengan serangkap pantun berpisahan 
   
                                                         Tuai padi antara masak 
                                                          Esok jangan layu-layuan
                                                          Intai kami antara nampak
                                                          Esok jangan rindu-rinduan