Tuesday 21 May 2019

Majlis Khatam Quran

Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan Duit Raya1440H/2019
21 Mei 2019
Anjuran Unit Dakwah dan Panitia Pendidikan Islam














Thursday 16 May 2019

Wednesday 15 May 2019

FAQ PT3 2020

SOALAN-SOALAN LAZIM PEMERKASAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

1. Apakah Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?

PT3 ialah pentaksiran pusat, satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di peringkat menengah rendah bagi murid-murid di tingkatan 3. Pentaksiran dilaksanakan melalui perkongsian akauntabiliti antara LP dan pihak sekolah di mana instrumen dan panduan disediakan oleh LP manakala pentadbiran, pemeriksaan dan pelaporan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan PT3 menggunakan instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan: Bertutur dan Mendengar, Ujian Tilawah dan Hafazan, Ujian Komunikasi: Berisyarat/ Bertutur dan Ujian Komunikasi: Melihat/Mendengar.

2. Bilakah PT3 mula dilaksanakan?
PT3 mula dilaksanakan pada tahun 2014.

3. Mengapakah mulai tahun 2019 instrumen pentaksiran PT3 menggunakan format baharu?

Instrumen pentaksiran PT3 menggunakan format baharu mulai tahun 2019 seiring dengan keperluan dan kesesuaian perubahan kurikulum sekolah dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). KSSM mula diperkenalkan dan dilaksanakan kepada murid kohort tingkatan satu tahun 2017.
4. Bilakah Pemerkasaan PT3 akan mula dilaksanakan di sekolah?
Pemerkasaan PT3 di sekolah akan dilaksanakan mulai tahun 2020.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemerkasaan PT3?

Usaha meningkatkan autonomi kepada pihak sekolah dalam melaksanakan PT3. Autonomi dalam PT3 membawa maksud sekolah menguruskan penyediaan instrumen pentaksiran, panduan penskoran, pentadbiran pentaksiran, penskoran, verifikasi skor, pelaporan keputusan dan penjaminan kualiti.

6. Mengapakah Pemerkasaan PT3 di sekolah dilaksanakan?

Sebagai inisiatif KPM mempertingkatkan profesionalisme keguruan, mengiktiraf kepakaran dan peranan guru dalam bidang pentaksiran seiring dengan matlamat menjadikan PT3 sebagai sebahagian dari Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

7. Bagaimanakah Pemerkasaan PT3 di sekolah dilaksanakan?

Secara perkongsian tanggungjawab antara sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Lembaga Peperiksaan (LP).

8. Apakah kaedah pentaksiran di tingkatan 3 mulai tahun 2020?

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sumatif.

9. Bagaimana Pentaksiran Pusat dilaksanakan?

Pentaksiran Pusat menggunakan instrumen pentaksiran yang disediakan oleh LP dan pentadbirannya dilaksanakan oleh pihak sekolah.

10. Bagaimanakah Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah dilaksanakan?

Dilaksanakan seperti peperiksaan akhir tahun di tingkatan 3 tetapi merangkumi pembelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

11. Apakah perbezaan pelaksanaan PT3 sedia ada dengan PT3 mulai tahun 2020?

PT3 sedia ada:
 Instrumen disediakan oleh LP bagi semua mata pelajaran
PT3 mulai 2020:
 Instrumen Pentaksiran Pusat disediakan oleh LP bagi lima mata pelajaran
 Instrumen Pentaksiran Sumatif disediakan oleh sekolah bagi 18 mata pelajaran berpandukan format pentaksiran dan JSU yang ditetapkan oleh LP.

12. Berapakah mata pelajaran yang akan dilaksanakan secara Pentaksiran Pusat?

Lima mata pelajaran:
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Hifz al-Quran
 Pendidikan Kesenian (Seni Tari, Seni Teater, Seni Muzik dan Seni Visual)
 Al-Lughah al-Arabiah Al-Mu’asirah (Ujian Lisan: Mendengar)

13. Mengapa lima mata pelajaran tersebut dilaksanakan secara pentaksiran pusat?

Melibatkan pengiktirafan pihak luar (Jabatan Perkhidmatan Awam, Cambridge Assessment English, kepakaran pentaksir luar (Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia dan Darul Quran, JAKIM) dan kelengkapan prasarana.

14. Berapa mata pelajaran dilaksanakan secara Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

18 mata pelajaran:
 Sains
 Matematik
 Reka Bentuk dan Teknologi
 Asas Sains Komputer
 Sejarah
 Geografi
 Pendidikan Islam
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Bahasa Arab
 Bahasa Iban
 Bahasa Kadazandusun
 Bahasa Punjabi
 Bahasa Semai
 Maharat al-Quran
 Usul ad-Din
 Al-Syariah
 Al-Lughah al-Arabiah Al-Mu’asirah
- Ujian Lisan: Bertutur
- Ujian Bertulis

15. Mengapa 18 mata pelajaran dilaksanakan secara Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

Bagi menyahut seruan Naratif Baharu Amalan Pendidikan iaitu penekanan terhadap pentaksiran untuk, sebagai dan tentang pembelajaran (assessment for, as and of learning).

16. Pihak manakah yang akan mengendalikan Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

Pentaksiran Sumatif akan dikendalikan oleh sekolah.

17. Apakah peranan dan tanggungjawab LP dalam pelaksanaan Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

Lembaga Peperiksaan menyediakan:
 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
 Panduan Pembinaan Item dan Pemasangan Instrumen
 Takwim Pentaksiran Sumatif
 Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Sumatif
 Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Sumatif
 Panduan Pelantikan Pentaksir Pentaksiran Sumatif
 Aplikasi Pemasangan Instrumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
 Format Pernyataan Keputusan PT3

18. Apakah peranan dan tanggungjawab JPN/PPD dalam pelaksanaan Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

Peranan JPN/PPD:
 Memberikan latihan
 Mengesahkan instrumen
 Melaksanakan penjaminan kualiti pentadbiran
 Menguruskan instrumen Sekolah Kurang Murid (SKM) dan sekolah kekurangan guru opsyen.

19. Apakah peranan dan tanggungjawab sekolah dalam pelaksanaan Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

Sekolah melaksanakan perkara berikut:
 Membina item
- Berdasarkan panduan yang disediakan oleh LP
- Verifikasi item
 Memasang instrumen
- Berdasarkan JSU yang disediakan oleh LP
- Verifikasi instrumen
 Mentadbir instrumen
- Mentadbir Pentaksiran Sumatif mengikut takwim yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PT3
 Mengurus Skrip Jawapan Calon
- Memeriksa skrip jawapan calon berpandukan panduan penskoran
- Menjalankan moderasi penskoran
- Memberi skor dan membuat verifikasi skor
- Menghantar skor secara atas talian menggunakan aplikasi yang disediakan oleh LP
 Mengeluarkan Pernyataan Keputusan
- Mencetak Pernyataan Keputusan



Disediakan oleh:
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
6 Mei 2019

Penutup Orientasi T6

Majlis Perasmian Penutup Minggu Orientasi PraU
9 Mei 2019










Ihya ramadan

Program Ihya Ramadan
5 Mei 2019