Monday 7 December 2015

Persaraan PK Kokurikulum


     Pn Hjh Wan Rusnah bt Abd. Rahman dilahirkan pada 8. Mac.1961 di Machang Kelantan.  Beliau memerupakan anak kelima daripada 9 orang adik beradik.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Machang dan pendidikan menengah di SMK  Machang sampai tingkatan 3 dan menyambung pelajaran ke SMK Teknik Johor Bharu setelah cemerlang dalam PMR.

    Beliau kemudian menyambung di Universiti Pertanian Malaysia dan mendapat Ijazah Pendidikan Sains Pertanian pada tahun 1979.  Beliau khawin pada tahun 1990 dan mendapat 3 orang anak dan semuanya berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan masing-masing.

    Pn Hjh Wan Rusnah mula mengajar pada tahun  1984 di SMK Seri Nering dan kemudian bertukar ke SMK Pelagat pada tahun 1993.  Pn Hjh Wan Rusnah adalah seorang guru yang komited dengan tugasnya olehitu beliau telah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1998, 2007 dan tahun 2013.  Di SMK Pelagat jugalah beliau telah dilantik sebagai ketua bidang pada tahun 2002. Kecemerlangan perkhidmatan beliau berterusan sehingga dilantik sebagai sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2011 di SMK Kuala Besut.

    Pn Hjh Wan Rusnah adalah seorang pentadbir yang komited dan terus bersinar sebagai PK Kanan Kokurikulum di SMK Kuala Besut sehingga SMK Kuala Besut mendapat anugerah Naib Johan peringkat kebangsaan Kokurikulum bahagian sekolah luar bandar pada tahun 2015.  Diatas kecemerlangan beliau sebagai pentadbir di SMK Kuala Besut beliau telah dianugerahkan sebagai Penolong Kanan cemerlang pada tahun 2015.  Beliau memohon untuk bersara awal atas sebab-sebab tertentu dan persaraan beliau bermula pada awal 2016

Piala yang dimenangi sempena kecemerlangan Kokurikulum peringkat kebangsaan 

Berucap di tapak perhimpunan kepada pelajar-pelajar  bagi kali terakhir sebelum bersara.



Menerima tabik hormat daripada PKBMU sekolah

Merasmikan menara yang dibina dan ia adalah idea bernas beliau untuk memaparkan aktiviti kokurikulum

Pertunjukkan PKBMU sempena persaraan



Sunday 6 December 2015

 SMK Kuala Besut telah menempa sejarahnya tersendiri tahun ini kerana telah memenangi anugerah Naib Johan Kokurikulum bagi sekolah luar bandar di peringkat kebangsaan.  Anugerah ini diterima oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kuala Besut iaitu Pn Hjh Wan Rusnah bt Wan.  Abd. Rahman pada 14/11/2015 di dewan  Serbaguna Sri Wilayah, Putrrajaya.  Pada tahun 2014 SMK Kuala Besut menjadi sekolah cemerlang kokurikulum peringkat negeri dan tahun ini kejayaan yang lebih manis dikecapi apabila menjadi naib johan diperingkat kebangsaan.  Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus sehingga mengecapi kejayaan ini.

        Diantara faktor kejayaan ini adalah pengurusan fail-fail yang lengkap, kejayaan-kejayaan yang dicapai diperingkat negeri dalam kokurikulum, pencapaian yang dibuktikan dengan sijil, penglibatan dalam setiap pertandingan yang diadakan diperingkat negeri, galeri memainkan peranan dalam menunjukkan bukti, papan kenyataan yang lengkap dan laporan setiap unit.

     Pentadbiran sekolah yang sentiasa memberi semangat kepada guru-gurunya untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah tonggak segala kejayaan.  Dibawah naungan Pengetua En Kamarudin b. Wan Nor kejayaan ini menjadi realiti.  Ahli Jawatan Kuasa Kokurikulum yang sentiasa positif dan teguh berdiri dibelakang  PK Kokurikulum dalam setiap aktiviti kokurikulum patut dibanggakan.  Guru-guru yang komited dalam setiap tugas yang dilaksanakan juga merupakan titik-tolak kepada kejayaan ini juga.  



Tonggak kepimpinan Smk Kuala Besut yang membawa kejayaan cemerlang

PKBMU

UNIT SILAT



Monday 24 August 2015


Banner diatas dicipta oleh pelajar kelas ICTL sempena bulan kemerdekan negara Malaysia

SEJARAH MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAANMenyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat.Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti kronologi berikut:KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.a

Thursday 28 May 2015

Persaraan Puan Maziah bt Abd Latif


Hari ini telah berlangsung upacara persaraan Pn Maziah bt Abd. Latif  yang bertugas sebagai kerani di SMK Kuala Besut sejak tahun 1994.  

Dilahirkan pada 4 Jun 1957  di Kg Banggol, Setiu,  Bandar Permaisuri, Terengganu. 
 Pn Maziah dibesarkan dalam sebuah keluarga besar iaitu seramai orang adik beradik dan Puan Maziah adalah anak pertama.

Pn Maziah bertemu jodoh dengan En Wan. Yaacob b Wan  Abd. Rahman  dan dikurniakan 3 orang anak.  Dua daripada anaknya menuntut di pusat pengajian tinggi.  Pada 2012 Pn Maziah pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).    Semoga Pn Maziah akan memperolehi ketenangan dan kebahagiaan  selepas bersara nanti.



                                            Pn Maziah sedang berucap sempena persaraan

                                           Guru-guru tidak ketinggalan bergambar kenangan 

Sunday 17 May 2015

School Beautification Day English Camp

School beautification day was held on the same day as gotong royong perdana at school.  But their activities was a little bit different by a few activities of  English Language that was done buy teacher an English.Teaching.Assistants (E.T.A).  Firstly they were do the English activities in the Surau.  After three activities they have a tea break and then continued with the painting activities.  They were painting the building that have vandalised on it and the other parts




of the school.

Teacher, E.T.As and students were very helpful and its very enjoyed doing the activities together.
After the painting activities their committees were having a closing ceremony and lunch together at the form 6 class.  That all hope with will done again in the future.

Here a few pictures that was taken on that day.

Gotong Royong Perdana Sempena Menyambut Hari Guru

Pada 18 May 2015 nanti guru-guru akan menyambut hari guru peringkat sekolah.  Sehubungan dengan itu pada 16 May 2015 bersamaan hari sabtu  pelajar-pelajar dan guru-guru telah diminta untuk berkerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah.

Sambutan hari gotong royong ini amat menggalakan daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan perkerja swasta sekolah.  Diantara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan, mengecat, membina pejalan kaki di antara surau dan blok bilik guru perempuan serta menanam bunga.

Aktiviti memberikan sesuatu yang positif kepada sekolah amnya dan guru-guru serta pelajar kerana ia menolong mengeratkan silaturahim, mengasuh tentang kebersihan kepada pelajar serta menceriakan kawasan sekolah.  Berikut adalah beberapa berita bergambar tentang hari kejadian tersebut.



Wednesday 13 May 2015

MUAT TURUN


VIDEO
1.


AUDIO
1. LAGU NEGARAKU      MINUS ONE


DOKUMEN
1.DSKP :  MATEMATIK TINGKATAN 1    ,   ASK TINGKATAN 1  , GEOGRAFI TINGKATAN 1 , RBT TINGKATAN 1 , BI TINGKATAN 1 , SAINS TINGKATAN 1 , SEJARAH TINGKATAN 1 , PI TINGKATAN 1 , PM TINGKATAN 1 , PSV TINGKATAN 1 ,

LINK DSKP DAN BAHAN SOKONGAN BPK

LAIN-LAIN
 Voice Direct MP3 Qur'an Per Juz... dari Syeikh Mishary Rasyid al-Afasy. 
Juz 1 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw4
Juz 2 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMm
Juz 3 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctol
Juz 4 ⇨ http://bit.ly/1J0Cton
Juz 5 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE5
Juz 6 ⇨ http://bit.ly/1RqIGvZ
Juz 7 ⇨ http://bit.ly/1RqIGvY
Juz 8 ⇨ http://bit.ly/1RqIInF
Juz 9 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIZ
Juz 10 ⇨ http://bit.ly/1J0Ct85
Juz 11 ⇨ http://bit.ly/1J0CuJ1
Juz 12 ⇨ http://bit.ly/1RqIIDZ
Juz 13 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw1
Juz 14 ⇨ http://bit.ly/1RqIInB
Juz 15 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctor
Juz 16 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw7
Juz 17 ⇨ http://bit.ly/1RqIInz
Juz 18 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIW
Juz 19 ⇨ http://bit.ly/1J0Ct86
Juz 20 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw6
Juz 21 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE0
Juz 22 ⇨ http://bit.ly/1RqIInD
Juz 23 ⇨ http://bit.ly/1RqIInJ
Juz 24 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE3
Juz 25 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctop
Juz 26 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIV
Juz 27 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMo
Juz 28 ⇨ http://bit.ly/1J0CuJ0
Juz 29 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMp
Juz 30 ⇨ http://bit.ly/1RqIInH