Sunday 17 May 2015

Gotong Royong Perdana Sempena Menyambut Hari Guru

Pada 18 May 2015 nanti guru-guru akan menyambut hari guru peringkat sekolah.  Sehubungan dengan itu pada 16 May 2015 bersamaan hari sabtu  pelajar-pelajar dan guru-guru telah diminta untuk berkerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah.

Sambutan hari gotong royong ini amat menggalakan daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan perkerja swasta sekolah.  Diantara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan, mengecat, membina pejalan kaki di antara surau dan blok bilik guru perempuan serta menanam bunga.

Aktiviti memberikan sesuatu yang positif kepada sekolah amnya dan guru-guru serta pelajar kerana ia menolong mengeratkan silaturahim, mengasuh tentang kebersihan kepada pelajar serta menceriakan kawasan sekolah.  Berikut adalah beberapa berita bergambar tentang hari kejadian tersebut.



No comments:

Post a Comment