Monday, 15 August 2016

Perkhemahan Kadet Polis

Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Negeri Terengganu bertempat di 
SMKA Dato Hj Abas dan IPD Gong Badak 
pada 11hb ~ 13hb Ogos 2016.

Seramai 4 orang anggota kadet polis Ku Best terlibat dalam perkhemahan tersebut.









Pictures post by: Ustaz Norazlan

Friday, 12 August 2016

Selamat Hari Kebangsaan 2016

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016


Tema Hari Kebangsaan 2016 : #Sehati Sejiwa



Lagu : Muhammad Yuri Edris 
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
 

Majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah disempurnakan oleh
Tuan Haji Che Soh bin Che Mat, Pengetua SMKKB

Wednesday, 20 January 2016

PERSARAAN PENGETUA : EN WAN KAMARUDIN

             En Wan Kamarudin adalah anak  kedua kepada pasangan  Wan Nor b. Hj kadir dan Muji bt. Che Mamat.  Pasangan ini kemudiannya memperolehi 8 orang anak.  Wan Kamarudin b Wan Nor dilahirkan di Kg Tengah, Kuala Besut, Terengganu pada 18 Januari 1956.  Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Kuala Besut dari tahun 1963 – 1968.  Pendidikan menengah beliau bermula di Tengku Mahmud Secondary School dari tahun 1969 hingga tahun 1974.  Beliau meneruskan pendidikan menengah di Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu (1975-1976)dan memperolehi Sijil Tinggi Persekolahan (HSC)>  Beliau kemudian menyambung pendidikan tertiary dengan memasuki Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1977-1979)

           Mulai tahun 1979 karier beliau sebagai guru terlatih bermula. Namun pendidkan tertiary diteruskan dengan memasuki Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan memperolehi Ijazah pertama dalam tahun 1994.
Kerjaya guru beliau sebagai Guru Penolong di SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan (1979 -1981)  Guru penolong di SMK Gaal, Pasir Puteh, Kelantan (1982-1988),  Guru Penolong di SMK Dato Ismail, Pasir Puteh Kelantan (1989 -1993).  Setelah memperolehi Ijazah Sarjana muda pada tahun 1994, beliau kemudiannya ditempatkan di SMK  Seri Nering, Terengganu (1994 – 2003).  Kemudian dilantik sebgai guru Penolong Kanan Kokurikulum dan ditempatkan di SMK Tembila,  Besut  (2003 – 2004)

                Mulai tahun 2009 beliau ditukarkan ke sekolah untuk menjawat jawatan pengetua.  Sekolah pertama beliau sebagai pengetua adalah SMK Tok Dor, Besut (2009 -2010).  Kemudiannya ditugaskan pula di SMK Tengku Mahmud 2, Besut (2010 – 2013).  Mulai oktober 2013, beliau ditukarkan ke SMK Kuala Besut, iaitu kampong kelahiran beliau dan kekal hingga ke hari persaraan beliau pada 17/1/2016 . 

Sepanjang perkhidmatan sebagai guru beliau telah dianugarahkan dengan pelbagai anugerah dan penghargaan termasuklah pergerakan gaji secara menegak (1993), pergerakan gaji melintang (2001) dan Anugerah Perkhidmatan cemerlang (2003).  Selain itu, beliau juga dianugerahi dengan surat-surat kepujian di atas kecemrlangan bidang kurikulum dank o kurikulum dank o akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.  Prinsip sebagai penjawat awam yang sentiasa dipatuhi ialah bekerja dengan ikhlas dan bertanggungjawab serta sentiasa berusaha untuk kecemerlangan anak bangsa.
                Berkaitan keluarga pula beliau berkahwin dengan gadis pilihan iaitu Marzita bt Mustafa, gadis dari Pasir Puteh pada usia 27 tahun iaitu pada 30 sept 1983.   Beliau kemudiannya dikurniakan dengan 6 orang anak iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan.  Dua orang daripada anaknya mendapat pendidikan tinggi dan sudah berkerja.  Manakalah 4 orang lagi sedang menuntut di IPTA dan sekolah menengah.


Berdiri sewaktu nyanyian lagu negaraku

Menerima cenderamata daripadaYB Tengku Zaihan (Wakil Rakyat Kuala Besut)

Menerima cenderamata daripada PKHEM :  En Che Zahari
`Punch Card' kali terakhir
wakil student menyemat roset pada mantan pengetua


Selamat bersara kepada Tuan Pengetua, semoga beroleh kejayaan dalam setiap lapangan yang diceburi. Diakhiri dengan serangkap pantun berpisahan 
   
                                                         Tuai padi antara masak 
                                                          Esok jangan layu-layuan
                                                          Intai kami antara nampak
                                                          Esok jangan rindu-rinduan

                                                          

Monday, 7 December 2015

Persaraan PK Kokurikulum


     Pn Hjh Wan Rusnah bt Abd. Rahman dilahirkan pada 8. Mac.1961 di Machang Kelantan.  Beliau memerupakan anak kelima daripada 9 orang adik beradik.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Machang dan pendidikan menengah di SMK  Machang sampai tingkatan 3 dan menyambung pelajaran ke SMK Teknik Johor Bharu setelah cemerlang dalam PMR.

    Beliau kemudian menyambung di Universiti Pertanian Malaysia dan mendapat Ijazah Pendidikan Sains Pertanian pada tahun 1979.  Beliau khawin pada tahun 1990 dan mendapat 3 orang anak dan semuanya berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan masing-masing.

    Pn Hjh Wan Rusnah mula mengajar pada tahun  1984 di SMK Seri Nering dan kemudian bertukar ke SMK Pelagat pada tahun 1993.  Pn Hjh Wan Rusnah adalah seorang guru yang komited dengan tugasnya olehitu beliau telah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1998, 2007 dan tahun 2013.  Di SMK Pelagat jugalah beliau telah dilantik sebagai ketua bidang pada tahun 2002. Kecemerlangan perkhidmatan beliau berterusan sehingga dilantik sebagai sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2011 di SMK Kuala Besut.

    Pn Hjh Wan Rusnah adalah seorang pentadbir yang komited dan terus bersinar sebagai PK Kanan Kokurikulum di SMK Kuala Besut sehingga SMK Kuala Besut mendapat anugerah Naib Johan peringkat kebangsaan Kokurikulum bahagian sekolah luar bandar pada tahun 2015.  Diatas kecemerlangan beliau sebagai pentadbir di SMK Kuala Besut beliau telah dianugerahkan sebagai Penolong Kanan cemerlang pada tahun 2015.  Beliau memohon untuk bersara awal atas sebab-sebab tertentu dan persaraan beliau bermula pada awal 2016

Piala yang dimenangi sempena kecemerlangan Kokurikulum peringkat kebangsaan 

Berucap di tapak perhimpunan kepada pelajar-pelajar  bagi kali terakhir sebelum bersara.



Menerima tabik hormat daripada PKBMU sekolah

Merasmikan menara yang dibina dan ia adalah idea bernas beliau untuk memaparkan aktiviti kokurikulum

Pertunjukkan PKBMU sempena persaraan



Sunday, 6 December 2015

 SMK Kuala Besut telah menempa sejarahnya tersendiri tahun ini kerana telah memenangi anugerah Naib Johan Kokurikulum bagi sekolah luar bandar di peringkat kebangsaan.  Anugerah ini diterima oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kuala Besut iaitu Pn Hjh Wan Rusnah bt Wan.  Abd. Rahman pada 14/11/2015 di dewan  Serbaguna Sri Wilayah, Putrrajaya.  Pada tahun 2014 SMK Kuala Besut menjadi sekolah cemerlang kokurikulum peringkat negeri dan tahun ini kejayaan yang lebih manis dikecapi apabila menjadi naib johan diperingkat kebangsaan.  Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus sehingga mengecapi kejayaan ini.

        Diantara faktor kejayaan ini adalah pengurusan fail-fail yang lengkap, kejayaan-kejayaan yang dicapai diperingkat negeri dalam kokurikulum, pencapaian yang dibuktikan dengan sijil, penglibatan dalam setiap pertandingan yang diadakan diperingkat negeri, galeri memainkan peranan dalam menunjukkan bukti, papan kenyataan yang lengkap dan laporan setiap unit.

     Pentadbiran sekolah yang sentiasa memberi semangat kepada guru-gurunya untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah tonggak segala kejayaan.  Dibawah naungan Pengetua En Kamarudin b. Wan Nor kejayaan ini menjadi realiti.  Ahli Jawatan Kuasa Kokurikulum yang sentiasa positif dan teguh berdiri dibelakang  PK Kokurikulum dalam setiap aktiviti kokurikulum patut dibanggakan.  Guru-guru yang komited dalam setiap tugas yang dilaksanakan juga merupakan titik-tolak kepada kejayaan ini juga.  



Tonggak kepimpinan Smk Kuala Besut yang membawa kejayaan cemerlang

PKBMU

UNIT SILAT